awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua cedera dalam letupan di loji kimia di Samalaju

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
10/05/2022
10:02 MYT
Dua maut, dua cedera dalam letupan di loji kimia di Samalaju
Kedua-dua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Bintulu manakala dua mangsa yang maut telah ditempatkan di Unit Forensik hospital yang sama. - Foto ihsan pembaca AWANI.
KUCHING: Dua maut dalam satu letupan di sebuah loji kimia di Taman Perindustrian Samalaju pada Isnin.
Menurut sumber, mangsa yang maut merupakan pekerja tempatan berusia 34 dan 35 tahun manakala dua lagi yang cedera berusia 26 dan 33 tahun.
Keempat-empat mangsa dikatakan sedang bekerja di dalam satu ruang di loji berkenaan sebelum satu daripada mesin tersebut meletup sekitar jam 3 petang semalam.
Kedua-dua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Bintulu manakala dua mangsa yang maut telah ditempatkan di Unit Forensik hospital yang sama.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 9.10 malam.
Pihaknya bagaimanapun masih melakukan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pun begitu, sehingga petang Selasa, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini.
Topic Berkaitan
#Letupan loji Samalaju
#Loji kimia meletup
#Taman Perindustrian Samalaju
#pekerja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan