awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kemalangan lima kenderaan

Astro AWANI
Astro AWANI
12/04/2026
07:30 MYT
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Keadaan Proton Saga yang dinaiki dua mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut. -Foto Polis Lahad Datu
Dua wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 14, Jalan Lahad Datu-Tawau di sini pada petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu kereta berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang hadapan kereta sama yang berusia 35 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.
Penumpang lain yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, kemalangan itu melibatkan dua kereta jenis Proton Saga dan Perodua Alza, sebuah motosikal serta sebuah jentera jenis Hitachi.
"Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku semasa Proton Saga yang dipandu wanita berusia 21 tahun bersama enam penumpang dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Bandar Lahad Datu.
"Sebaik tiba di lokasi, kereta tersebut disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan dan seterusnya berlanggar dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki.
"Impak dari pelanggaran itu menyebabkan lori tersebut termasuk ke lorong bertentangan kemudian melanggar sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori dan Perodua Alza terjatuh ke dalam gaung di kawasan pembinaan jalan Pan Borneo sebelum kenderaan berkenaan melanggar sebuah jentera Hitachi yang tidak bergerak.
"Dalam kejadian itu pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga hadapan telah disahkan meninggal dunia manakala penumpang bahagian belakang termasuk tiga kanak-kanak dan seorang remaja bersama seorang penunggang motosikal telah dibawa ke ambulans bagi rawatan susulan.
"Sementara itu, pemandu lori dan Perodua Alza pula tidak mengalami kecederaan serius," katanya.
Katanya lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Humaidi Harusn di talian 089-881255 atau ke balai polis berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#kemalangan jalan raya
#Sabah
#Proton Saga
#Perodua Alza
#keselamatan jalan raya
#siasatan polis
#APJ 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan