awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan MRR2

Bernama
Bernama
08/11/2020
03:51 MYT
Dua maut kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan MRR2
Sebuah MPV jenis Toyota Wish telah terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Dua maut dalam kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Selayang berdekatan Bulatan Batu Caves, Gombak di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan menyatakan seorang penumpang berumur 25 tahun ditemui meninggal dunia, sementara pemandu berumur 29 tahun, tersepit di bahagian tempat duduknya dalam kejadian kira-kira 6.48 pagi itu.
“Bomba terdahulu menerima pemakluman kemalangan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya disitu terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya.
“Penumpang dalam kenderaan tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak bomba kemudiannya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit bagi tujuan mengeluarkan pemandunya yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan namun turut disahkan meninggal dunia. Kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mrr2
#Selayang
#Bulatan Batu Caves
#kemalangan
#kemalangan maut
#polis
#meninggal dunia
#mangsa
#bomba
#tersepit
#hilang kawalan
#rempuh penghadang jalan
#lebuhraya lingkaran tengah 2
#JBPM Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan