awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, tiga cedera bot kargo terbakar

Bernama
Bernama
31/08/2017
06:19 MYT
Dua maut, tiga cedera bot kargo terbakar
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 7 petang itu dikenali sebagai Jafar Janidil, 61, dan rakan sekerjanya Sahlan Ashadan, 27.
Dua kru bot kargo warga tempatan maut manakala tiga lagi cedera selepas bot dinaiki mereka terbakar dipercayai akibat letupan besar di perairan Kampung Padang, Pulau Banggi, dekat sini semalam.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 7 petang itu dikenali sebagai Jafar Janidil, 61, dan rakan sekerjanya Sahlan Ashadan, 27.
Pegawai Perhubungan Awam APMM Kudat LK (M) Wan Isma’aun Wan Hamat berkata tiga lagi mangsa iaitu Azmain Nawali, 45, Mohd Kamarudin Jafar, 26, dan Mohamad Nasaruddin Jafar, 10, yang melecur sedang dirawat di Hospital Kudat.
“Kita menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 7.03 petang daripada orang awam yang melihat bot itu terbakar. Sejurus, kita mengarahkan dua bot untuk bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bot kargo yang membawa muatan minyak petrol sebanyak 10,000 liter itu dalam perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi untuk menghantar minyak bagi kegunaan di pulau berkenaan.
“Apabila sampai di Kampung Padang kru bot telah menjalankan proses pemindahan minyak dan semasa proses itu berlaku kejadian letupan besar yang mengakibatkan bot itu terbakar,” katanya.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa kini masih di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi untuk urusan dokumentasi dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bot
#kapal kargo
#Kudat
#letupan
#maut
#mayat
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan