awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua menteri Singapura hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pemangku Sultan Johor

Bernama
Bernama
21/03/2026
15:06 MYT
Dua menteri Singapura hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pemangku Sultan Johor
Masagos Zulkifli dan Desmond Lee ditemani pasangan masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tunku Mahkota Ismail serta Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. - Gambar Facebook
Dua menteri Kabinet Singapura menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada Sabtu, sekali gus menegaskan semula hubungan dan kerjasama rentas sempadan yang kukuh.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli dan Menteri Pendidikan Desmond Lee ditemani pasangan masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Tunku Mahkota Ismail serta Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Singapura memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan semula hubungan rentas sempadan yang telah lama terjalin serta membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pelbagai bidang antara Singapura dan Johor.
“Kunjungan ini meneruskan tradisi tahunan pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Diraja Johor,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua menteri turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Sementara itu, dalam hantaran Facebook, Lee berkata beliau berbesar hati dapat menyertai tradisi yang telah lama diamalkan itu, sambil menyatakan bahawa beliau menyeberang Tambak Johor untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri itu yang mencerminkan persahabatan erat dan berpanjangan antara Singapura dan Johor.
“Tunku Mahkota Ismail dan saya juga membincangkan usaha memperkukuh kerjasama pendidikan supaya golongan belia dapat membina pemahaman yang lebih mendalam serta hubungan yang lebih erat antara satu sama lain,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama Johor-Singapura terus berkembang kukuh sejak sekian lama.
“Inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) adalah bukti perkongsian kami yang semakin erat,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Sultan Johor
#rumah terbuka Aidilfitri
#kerjasama pendidikan
#hubungan lebih erat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan