awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Goldman Sachs setuju selesaikan saman skandal 1MDB
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan rundingan AS-Iran
Bekas penyampai Radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua menteri utama Peru berundur selepas presiden tangguh pembelian jet F‑16

Astro AWANI
Astro AWANI
23/04/2026
00:23 MYT
Dua menteri utama Peru berundur selepas presiden tangguh pembelian jet F‑16
Presiden sementara Jose Maria Balcazar dijangka meninggalkan jawatan pada Julai, apabila presiden baharu mengangkat sumpah memegang jawatan. - Foto AP
Dua menteri bertaraf kabinet di Peru berundur daripada jawatan masing-masing selepas Presiden sementara Jose Maria Balcazar menangguhkan keputusan pembelian jet pejuang F‑16 daripada syarikat Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin.
Menteri Pertahanan Carlos Diaz dan Menteri Luar Hugo de Zela menyatakan bantahan mereka terhadap langkah itu dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan pada Rabu.
Diaz menyifatkan penangguhan berkenaan sebagai keputusan strategik keselamatan negara yang tidak dipersetujui beliau.
Perjanjian pembelian F‑16, bernilai AS$3.5 bilion bagi 24 pesawat, telah lama mencetuskan kontroversi di Peru, dengan pengkritik mempersoalkan sama ada ia mencerminkan pengaruh Washington terhadap kerajaan Lima.
Balcazar, yang mula memegang jawatan pada Februari dan menjadi presiden kesembilan Peru dalam tempoh sedekad, berkata keputusan besar itu wajar ditentukan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.
Beliau sebelum ini membatalkan majlis menandatangani perjanjian yang dijadualkan, sambil menegaskan kerajaan sementara tidak seharusnya mengikat kerajaan akan datang dengan komitmen kewangan besar.
Bagaimanapun, keputusan itu menerima bantahan, termasuk daripada AS, apabila duta AS di Peru memberi amaran mengenai kesan terhadap kepentingan Washington.
Ketidakstabilan politik Peru dan penangguhan keputusan pertahanan utama itu berlaku ketika pentadbiran Presiden AS Donald Trump berusaha meningkatkan pengaruhnya di Amerika Latin, sekali gus menambah tekanan terhadap kerajaan sementara Peru menjelang pembentukan kepimpinan baharu.
Topic Berkaitan
#menteri letak jawatan
#pembelian F-16
#Lockheed Martin
#Jose Maria Balcazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan