awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai tertinggi JAS didakwa terima rasuah pengurusan sisa elektronik

Faida Rahim
Faida Rahim
03/04/2026
01:24 MYT
Dua pegawai tertinggi JAS didakwa terima rasuah pengurusan sisa elektronik
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Astro AWANI/Shahir Omar
Dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes rasuah membabitkan pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Ketua Pengarah jabatan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM100,000.
Manakala Timbalan Ketua Pengarah (TKP) pula menghadapi enam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana didakwa menerima suapan bernilai RM21,000.
Kedua-dua individu tersebut dibawa ke hadapan Hakim Suzana Hussin dan Hakim Azura Alwi di dua bilik mahkamah berasingan bagi proses pembacaan pertuduhan.
Timbalan Ketua Pengarah JAS tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi diiringi pegawai SPRM, manakala Ketua Pengarah dilaporkan telah tiba di lokasi lebih awal.
Penahanan kedua-dua pegawai kanan terbabit dilakukan oleh SPRM pada 29 Januari lalu di Ibu Pejabat SPRM selepas mereka hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu e-waste.
Siasatan berkenaan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan sisa elektronik yang dipercayai berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#JAS
#pengurusan sisa elektronik
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan