awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai TLDM cedera, kenderaan langgar lembu

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2022
22:45 MYT
Dua pegawai TLDM cedera, kenderaan langgar lembu
Tangkap layar dari rakaman video tular berhubung kemalangan di Kilometer 249.7 Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara, pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar seekor lembu yang secara tiba-tiba berada di lorong kanan dalam kejadian di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, di sini, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 3.15 pagi itu berlaku ketika kedua-duanya menaiki kenderaan jenis Ford Ranger dalam perjalanan dari Kulai, Johor ke Kem TLDM di Lumut, Perak.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mereka (kenderaan) di lorong kanan telah terlanggar seekor lembu di laluan sama menyebabkan kenderaan berpusing dan berhenti di lorong kiri.
"Pemandu kenderaan seorang lelaki iaitu pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander berusia 39 tahun dan penumpangnya berpangkat Komander TLDM, 42, dilaporkan cedera ringan akibat kemalangan itu," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Nanda berkata, ketika kejadian bentuk permukaan jalan adalah lurus, cuaca dalam keadaan baik namun jalan gelap kerana tiada lampu jalan.
Pada Isnin, satu video kemalangan berdurasi 26 saat tular di Facebook dengan memaparkan rakaman pemandu mengucapkan "Ya Allah" dan terlanggar seekor lembu kerana tidak sempat mengelak.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar lembu
#pegawai TLDM cedera
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Nanda Maarof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan