awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis cedera ditetak tokan dadah ketika operasi di Cheras

Bernama
Bernama
30/04/2016
03:07 MYT
Dua polis cedera ditetak tokan dadah ketika operasi di Cheras
Dua anggota polis cedera parah akibat ditetak pengedar atau tokan dadah ketika menjalankan operasi.
Dua anggota polis cedera parah akibat ditetak pengedar atau tokan dadah ketika menjalankan operasi di sebuah rumah kosong di Kampung Tangki Air, Cheras, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Koperal Muztaza Nizan Minhaj dan Konstabel Danny Sia Siaw Kian dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, cedera di kepala selepas diserang suspek.
Dalam kejadian 6 petang itu, pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih dadah melepaskan gian selain dipercayai menjadi tempat pengedaran dadah, katanya dalam kenyataan kepada media.
"Polis mengarahkan dua suspek di dalam rumah berkenaan supaya keluar namun kedua-duanya secara tiba-tiba meluru keluar melalui pintu hadapan rumah itu yang berkunci dan bertindak melibaskan parang yang terkena kepala kedua-dua anggota polis itu.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke belukar berhampiran," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua anggota polis itu dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.
Katanya, Sia menerima 14 jahitan akibat kecederaan itu manakala Muztaza masih dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#Cheras
#Kampung Tangki Air
#operasi
#pengedar dadah
#polis
#tokan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan