awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan

Bernama
Bernama
06/04/2024
08:00 MYT
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Kumar berkata reman terhadap anggota polis terbabit dikenakan selama tiga hari sehingga 8 April, bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini membabitkan nilai RM2,000 ditahan, semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kedua-dua anggota berusia 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan pada 1.50 tengah hari oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).
Beliau berkata satu laporan polis diterima pada 12.23 tengah malam semalam (5 April), berhubung seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun mendakwa telah diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada Selasa (2 April).
"Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan imigresen, beliau telah ditahan oleh dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.
"Kemudian, suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000, bagi mengelakkan daripada ditangkap dan ditahan di lokap polis," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kumar berkata hasil ujian saringan air kencing kedua-dua anggota berkenaan ialah negatif daripada segala jenis dadah dan reman terhadap mereka dikenakan selama tiga hari sehingga 8 April, bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#ugut
#Bangunan Sultan Iskandar
#BSI
#M Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan