awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua polis ditahan reman disyaki minta sogokan kes khalwat

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
08/12/2017
06:46 MYT
Dua polis ditahan reman disyaki minta sogokan kes khalwat
Dua orang anggota polis yang ditahan reman diiringi pegawai SPRM Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. - Astro AWANI
Dua pegawai polis direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes meminta sogokan bernilai RM5,000 terhadap seorang wanita dan pasangannya kerana berkhalwat, 3 Disember lalu.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan tahanan reman terhadap kedua-dua anggota polis itu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.
Pegawai yang masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Koperal itu, kedua-duanya berusia 39 tahun, bertugas di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), ditahan SPRM pada jam 3.25 petang Khamis.
Difahamkan, dalam kejadian 3 Disember lalu, pasangan kekasih itu ditangkap oleh anggota polis berkenaan ketika menjalankan rondaan di sekitar KKIA kerana berkhalwat.
Kedua-dua anggota itu kemudiannya dipercayai meminta suapan sebanyak RM5,000 dan pasangan itu hanya memberikan wang sebanyak RM1,000 sebelum melaporkan kejadian terbabit kepada pihak SPRM Sabah.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap SPRM itu tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan diiringi pegawai SPRM, sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.
Pembicaraan dikendalikan Pegawai SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#khalwat
#Kota Kinabalu
#polis
#Rasuah
#reman
#sogokan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan