awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ratus kilogram ikan bertaburan atas jalan

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2019
23:13 MYT
Dua ratus kilogram ikan bertaburan atas jalan
Tayar belakang lori yang membawa muatan ikan pecah, menyebabkan ia hilang kawalan dan terbalik di tengah jalan. - Astro AWANI
Lebih 200 kilogram ikan bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan ikan terbabit terbalik malam tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 299.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Jalan Kuala Terengganu-Kuantan kira-kira jam 9.15 malam.
Ketika kejadian, lori yang sarat muatan ikan itu dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Melaka.
Sejurus tiba di tempat kejadian, tayar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 53 tahun itu telah pecah, menyebabkan ia hilang kawalan dan terbalik di tengah jalan.
Insiden itu juga menyebabkan dua buah lagi kenderaan dikatakan gagal mengelak, lalu merempuh tong ikan dan lori terbabit.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terlibat tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Topic Berkaitan
#ikan
#ikan bertaburan
#Kemaman
#Lebuh Raya Pantai Timur 2
#Lori
#lori terbalik
#LPT 2
#Mohd Said Ibrahim
#tayar pecah
#tong ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan