awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja dikhuatiri lemas selepas dibawa arus

Bernama
Bernama
06/01/2013
14:15 MYT
Dua remaja dikhuatiri lemas selepas dibawa arus
Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus di Pantai Dalit, bersebelahan Rasa Ria Resort di Tuaran dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Zaharudin Rasip berkata kedua-dua remaja itu yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kampung Telipok, Tuaran ialah Datu Almuraz Datu Enyong dan Arjibra Zulkipli dan mereka dilaporkan hilang kira-kira 4.40 petang.
Difahamkan mangsa berkelah dan mandi bersama rakan-rakan lain di tepi pantai sebelum ditarik ombak ke tengah laut.
Zaharudin berkata gerakan mencari dan menyelamat dimulakan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit namun sehingga petang ini kedua-dua remaja itu belum ditemui.
Katanya gerakan mencari dan menyelamat turut dibantu anggota bomba dan penyelamat.
Topic Berkaitan
#lemas
#Pantai Dalit
#Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan