awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah panjang

Bernama
Bernama
11/02/2024
16:00 MYT
Dua remaja ditemukan lemas di sungai berhampiran rumah panjang
Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi PGO Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie dan Afiq Aiman, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. - Gambar FB JBPM Sarawak
BETONG: Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.
Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin dan Afiq Aiman Mohd Adress, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.
"Sampai di lokasi kejadian, mangsa (Norman Syakimie) ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.
"Mangsa seterusnya (Afiq Aiman) ditemukan pada 6.44 petang dan disahkan meninggal dunia apabila Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, melakukan selaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dalam operasi pencarian selama 15 minit," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan berdasarkan maklumat orang awam yang berada di lokasi, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang berkenaan.
Panggilan diterima pada jam 3.53 petang tadi dan anggota BBP Betong digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Operasi berakhir jam 7.04 malam. Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti riadah
#tindakan lanjut
#orang awam
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan