awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit

Raffi Bachik
Raffi Bachik
06/12/2017
15:45 MYT
Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dua sahabat ditahan polis selepas disyaki terlibat sindiket pemalsuan sijil cuti sakit klinik kesihatan dalam dua serbuan berasingan di Melaka pada Isnin.
Suspek masing-masing berusia 19 dan 21 tahun dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak Jun lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia, suspek pertama berusia 19 tahun yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah stesen minyak di Peringgit sekitar jam 9.10 malam.
Sementara suspek kedua yang merupakan dalang kegiatan tersebut ditahan ketika sedang mencetak sijil sakit palsu di rumahnya di Taman Peringgit Jaya.
Susulan itu polis merampas 15 salinan sijil cuti sakit yang tertera cop rasmi 'Klinik Kesihatan Peringgit' serta cop nama 'Rohaiza Binti Roslan MBB (Malaya) Pegawai Perubatan U-D 54'.
"JSJK Melaka telah pun berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil cuti sakit Klinik Kesihatan Peringgit selepas menahan dua lelaki dalam serbuan sekita Melaka.
"Digunakan mencetak dan menjual sijil tersebut dan menyerupai sijil asal serta mnyerupai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi nama sendiri dan tarikh cuti yang diperlukan," katanya.
Turut dirampas satu set komputer, tujuh helai kertas A4 berwarna kuning serta pelbagai cop nama yang dipalsukan.
Berdasarkan siasatan awal, 300 sijil cuti sakit palsu telah dijual kedua-dua suspek untuk pasaran sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.
Katanya, sindiket berkenaan dipercayai dijual melalui orang tengah dengan harga berbeza iaitu RM10 kepada orang tengah yang akan menjualnya sekitar RM35 sekeping.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Klinik kesihatan
#Malaysia
#Melaka
#palsu
#sahabat
#sijil cuti sakit
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan