awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sahabat ke tali gantung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/05/2017
06:36 MYT
Dua sahabat ke tali gantung
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. - Gambar hiasan
Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah kerana mengedar ganja tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan itu terhadap kontraktor, V Nadarajan dan pekerja kilang, R Vikneswaran, kedua-duanya berusia 30 tahun.
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengedar ganja seberat 2.928 kilogram di kawasan letak kereta pasar raya TF Value Mart, Jalan Lintang, Sungai Siput, kira-kira jam 7.20 malam, pada 14 Januari 2014.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azrul Faidz, manakala Nadarajan diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Vikneswaran diwakili P Ravi.
Topic Berkaitan
#Dadah
#edar dadah
#hukuman gantung
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan