awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sepupu dikhuatiri lemas ketika memukat

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2022
02:43 MYT
Dua sepupu dikhuatiri lemas ketika memukat
Operasi SAR mencari dua nelayan dikhuatiri lemas sedang dilakukan pasukan bomba di perairan Perapat Tugu Mamal, Kudat pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUDAT: Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki karam dalam kejadian di perairan Perapat Tugu Mamal, di sini pada Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Macklin, 28, bersama sepupunya, Aewaeinder, 20, dilaporkan hilang kira-kira jam 6 petang dipercayai dibawa arus deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, menurut maklumat kedua-dua mangsa keluar memukat bersama dua lagi yang lain kira-kira jam 2 petang Khamis.
"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa turun dari bot untuk memukat namun mereka kemudian dikatakan dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.
Ishak berkata lagi, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh 50 kilometer dari balai bomba.
"Operasi dimulakan sebaik tiba namun ditangguhkan pada jam 11 malam tadi selepas kedua-dua mangsa tidak ditemui dan disambung semula pada jam 6 pagi Jumaat," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dua nelayan dikhuatiri lemas
#bot karam
#Macklin
#Perapat Tugu Mamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan