awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek bunuh wanita warga asing direman seminggu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
03:20 MYT
Dua suspek bunuh wanita warga asing direman seminggu
Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Dua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di sini awal pagi Ahad direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, perintah reman sehingga 31 Disember itu dikeluarkan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar, pada Isnin.
Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.
"Berdasarkan siasatan yang dilakukan kedua-dua suspek yang juga warga asing, terdiri daripada seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berusia 24 tahun tinggal serumah dengan mangsa.
"Selain itu, suspek lelaki juga merupakan adik kepada mangsa. Polis turut merampas senjata pisau yang disyaki digunakan bagi membunuh wanita berkenaan di kediaman itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Semalam, dua warga asing dilaporkan disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah di TUTA, di sini awal pagi kelmarin berjaya ditahan kurang 24 jam selepas jenayah itu dilakukan.
Balveer Singh dilaporkan berkata, suspek ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan berkenaan kurang 24 jam selepas polis menerima aduan kes pembunuhan berkenaan.
"Pada jam 4.35 pagi Ahad, satu laporan daripada orang awam berkaitan kes bunuh seorang wanita warga asing berusia 41 tahun diterima pihak polis.
"Siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi. Mangsa disyaki telah ditikam dengan satu objek tajam.
"Bertindak atas maklumat berkenaan, pada jam 7.47 malam, dua suspek warga asing dipercayai terbabit dengan kes itu ditahan, turut dirampas sebilah pisau," katanya dalam kenyataan. - SInar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh warga asing
#reman
#Balveer Singh Mahindar Singh
#Taman Ungku Tun Aminah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan