awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh kemalangan kereta bertembung van

Bernama
Bernama
18/05/2013
00:27 MYT
Dua terbunuh kemalangan kereta bertembung van
Dua pemuda terbunuh apabila kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan bertembung dengan sebuah van di Km49, Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu di Kampung Wakaf Raja, Bukit Yong.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata pemandu kereta Perdana V6, Fadzhilhafizie Zakaria, 26, disahkan meninggal dunia 3 pagi ini di Hospital Jerteh manakala rakannya, Tuan Mohd Rizuan Zakaria, 26, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini sejam kemudian.
"Dua lagi rakan mereka yang mengalami cedera parah, Abd Aziz Rapuzali, 23, dan Mohd Faisal Firdaus Haron, 20, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pemandu van, Lee Sui Hong, 62, pula patah kedua-dua belah kaki dan dirawat di HUSM.
Mohd Kamal berkata dalam kejadian 11.50 malam tadi, van yang dipandu Lee dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan yang dipandu Fadzhilhafizie.
Beliau meminta saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bertembung
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan