awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan dipercayai buat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor

Bernama
Bernama
23/12/2016
02:41 MYT
Dua wanita ditahan dipercayai buat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor
Dua wanita yang berusia 54 dan 51 tahun itu membuat kenyataan jelik menerusi akaun Facebook mereka. - Gambar hiasan
Polis menahan dua wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 54 dan 51 tahun itu ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira 8.30 malam di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor selepas polis bertindak atas satu laporan.
"Polis Johor menerima satu laporan pada 1.17 tengah hari, 20 Disember lepas berkenaan satu kenyataan jelik terhadap Sultan Johor. Kenyataan yang dikeluarkan tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada penahanan itu, polis merampas dua telefon bimbit dan dua keping kad SIM yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua wanita tersebut untuk membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi Facebook.
Katanya, pihaknya sehubungan itu ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.
Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit, katanya.
Sementara itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki petang semalam kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim melalui Facebook.
Beliau berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira 6.45 petang di Jalan Puyuh, Larkin Jaya, di sini selepas pihaknya bertindak atas satu laporan polis.
"Polis Johor menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman media sosial pada 2.11 pagi, semalam. Laporan tersebut adalah berkenaan dengan satu kenyataan jelik terhadap Tunku Aminah yang boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara," katanya juga menerusi kenyataan.
Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil daripada tangkapan itu, polis merampas sekeping simkad dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh lelaki terbabit bagi membuat kenyataan jelik tersebut.
Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#hina Sultan Johor
#kenyataan jelik
#PDRM
#polis
#wanita ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan