awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dugro pasrah sambut Deepavali tanpa keluarga di Jepun

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2021
01:49 MYT
Dugro pasrah sambut Deepavali tanpa keluarga di Jepun
K. Dineshwaran, mengakui merindui keluarganya di kampung dan hidangan enak bersempena sambutan Deepavali esok. -Astro Arena
JAGUH ragbi negara, K. Dineshwaran, mengakui merindui keluarganya di kampung dan hidangan enak bersempena sambutan Deepavali esok.
Bagaimanapun, pemain yang mesra disapa Dugro itu -- yang kini berada di Jepun bersama pasukan Hino Red Dolphin dalam Liga Terbaik Jepun (Japanese Top league) -- akur dengan perkara itu memandangkan ini bukan kali pertama dia meraikan perayaan itu di perantauan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Yeoh Pek Xian, dia berkata: "Rindu? Benar, kebiasaannya apabila waktu festival seperti ini saya akan berasa rindu dan berharap saya berada di sana (bersama keluarga).
"Malam ini, mereka akan menghubungi saya dan berkata bahawa saya tiada bersama mereka dan ia tidak seperti Deepavali sebenar.
"Jadi, saya akan memberitahu mereka bahawa walaupun saya jauh daripada mereka, saya sentiasa mendoakan kebahagian mereka dan raikanlah segala-gala yang ada bersama mereka.
"Cuma raikannya dengan penuh gembira.
"(Sewaktu Deepavali) saya akan makan dengan banyak dan menghargai waktu saya bersama keluarga tanpa memikirkan perkara lain.
"Mungkin selepas latihan esok, saya akan ke kedai makan untuk mendapatkan nasi briyani atau sesuatu seperti itu," katanya.
Atlit ragbi negara, Dineshwaran Krishnan akui merindui keluarga di kampung halaman & rindu masakan sempena sambutan hari deepavali pic.twitter.com/b50M8ek1rK
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 3, 2021
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Dineshwaran
#Dugro
#Hino Red Dolphin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan