awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dun N.Sembilan catat sejarah terbubar automatik

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2013
23:14 MYT
Dun N.Sembilan catat sejarah terbubar automatik
Dewan Undangan Negeri DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik berkuat kuasa tengah malam tadi selepas tempoh mandat lima tahunnya berakhir mengikut undang-undang tubuh negeri.
Ini adalah kali pertama sesebuah DUN terbubar dengan sendiri dalam sejarah 12 pilihan raya umum negara.
Pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa 60 hari, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa yang cukup untuk menunggu pembubaran semua DUN dan Parlimen sebelum menetapkan tarikh pilihan raya yang serentak.
Pembubaran DUN Negeri Sembilan ini juga menghangatkan lagi spekulasi bilakah Parlimen akan dibubarkan dan bahang menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Mandat Parlimen berakhir secara automatik pada 30 April.
"Mulai Khamis, saya bukan lagi wakil rakyat kerana DUN sudah terbubar. Namun, saya masih Menteri Besar mengetuai kerajaan sementara untuk menguruskan perjalanan harian pentadbiran negeri, termasuk hal ehwal masyarakat, membayar gaji kakitangan dan sebagainya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada media pada Selasa.
Tinjauan Astro Awani di beberapa daerah di Negeri Sembilan baru-baru ini mendapati rata-rata pengundi baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar sudah cukup bersedia untuk sekali lagi ke peti undi dalam pilihan raya yang disifatkan sebagai ibu kepada semua pilihan raya Malaysia.
Suasana pilihan raya cukup terasa dengan bendera parti-parti politik berkibar di sana sini.
Dalam pilihan raya yang lepas, BN menang 21 daripada 36 kerusi. Baki 15 kerusi masing-masing dipegang 10 oleh DAP, 4 Parti Keadilan Rakyat dan Pas satu kerusi.
BN yakin akan mempertahankan DUN Negeri Sembilan serta berupaya menawan semula kerusi-kerusi yang kalah. Namun pada masa sama, Pakatan Rakyat juga membayangkan keyakinan yang sama serta mensasarkan Negeri Sembilan sebagai sebuah lagi negeri yang akan ia kuasai.
Dalam pada itu, kerajaan BN Negeri Sembilan sebelum ini kini jadi kerajaan sementara dengan kuasa-kuasa yang terhad mengikut amalan tradisi selepas badan perundangan bubar.
Topic Berkaitan
#bubar
#DUN
#Negeri Sembilan
#pilihan raya
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan