awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Iran optimis kerjasama Malaysia-Iran terus diperkukuh

Seth Akmal
Seth Akmal
11/02/2026
02:33 MYT
Duta Iran optimis kerjasama Malaysia-Iran terus diperkukuh
Dr Dzulkefly (kiri) bersama Duta Iran ke Malaysia, Valiollah (tengah) memotong kek di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Iran ke-47 di ibu kota hari ini. - Astro AWANI.
Lebih banyak pencapaian dapat dimanfaatkan antara Iran dan Malaysia pada masa hadapan selaras dengan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin.
Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berpendapat kerjasama dua hala kedua-dua negara berpotensi diperkukuh menerusi tiga bidang utama iaitu teknologi, pelancongan dan perdagangan.
“Kedua-dua pihak mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi antara satu sama lain, saya optimis pada tahun depan akan berlaku lebih banyak pertukaran delegasi antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Iran di sini semalam.
Mohammadi Nasrabadi berkata kini terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tehran yang memudahkan pelancong dari Malaysia untuk melawat Iran.
Untuk rekod, syarikat penerbangan Iran Airtour telah memulakan penerbangan ke Malaysia pada November tahun lalu.
Menyentuh mengenai bidang teknologi, beliau berkata kedua-dua negara mempunyai keupayaan dan kepakaran yang hebat untuk diterokai bersama.
“Teknologi Iran kini dikenali di peringkat dunia, dan Malaysia juga mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohammadi Nasrabadi berkata hubungan antara Iran dan Malaysia telah menyaksikan perkembangan dan kemajuan yang baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kedua-dua negara telah bekerjasama rapat dalam forum antarabangsa dan mempunyai pendirian yang serupa, khususnya dalam menyokong Palestin,” katanya.
Tambahnya, kedua-dua pihak mencatatkan perkembangan positif melalui lawatan rasmi Kementerian Luar yang menyaksikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM).
Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama Timbalannya, Datuk Seri Hanifah Taib; serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran duta-duta asing, wakil kedutaan dari beberapa negara serta pegawai-pegawai kerajaan.
Hari Kebangsaan Iran jatuh pada tanggal 11 Februari sempena memperingati kemenangan Revolusi Islam 1979 dan penubuhan Republik Islam Iran.
Topic Berkaitan
#Iran
#Malaysia
#diplomasi
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan