awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta AS ucap tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
30/08/2022
21:00 MYT
Duta AS ucap tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan
McFeeters pada Selasa mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters pada Selasa mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang akan disambut pada Rabu.
Diplomat itu memulakan ucapannya dalam Bahasa Melayu dengan menyatakan bahawa tahun ini, AS dan Malaysia akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-65.
Sepanjang 65 tahun lalu, beliau berkata kedua-dua negara telah membina perkongsian yang kukuh, berakar umbi hingga melibatkan hubungan rakyat dengan rakyat, ekonomi, kesihatan dan keselamatan.
"Dan hari ini, hubungan antara kedua-dua negara kita lebih kukuh berbanding sebelum ini dan akan terus mendalam dan berkembang," katanya dalam video singkat yang disiarkan di YouTube menerusi akaun Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur.
"Kami berharap untuk meneruskan persahabatan kami dan meningkatkan lagi hubungan yang erat sambil mencapai kemajuan ke arah matlamat bersama iaitu Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Selamat Hari Merdeka," katanya.
Selepas dua tahun berlalu akibat sekatan pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kembali dianjurkan di Dataran Merdeka (Dataran Kemerdekaan), pada 31 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duta AS
#Hari Kebangsaan
#Brian McFeeters
#diplomat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan