awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih

Bernama
Bernama
25/02/2019
21:42 MYT
Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih
Penambahan klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya dibina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
Beliau berkata cadangan ini sebagai penambahan kepada usaha menambah baik fasiliti di dua klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang telah lama dan uzur.
Katanya, dua klinik di pekan Semenyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempat dan oleh itu dicadangkan sebuah lagi klinik penjagaan kesihatan premier, pencegahan dan penjagaan keluarga disediakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Bilik Gerakan Bukit Mahkota 1, di sini, malam Isnin.
Dalam pada itu, katanya, Hospital Kajang, yang merupakan hospital terdekat di Semenyih, juga akan ditambah baik fasilitinya termasuk pembinaan sebuah klinik wanita dan kanak-kanak yang jaraknya hanya 800 meter dari hospital tersebut.
Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali dilaporkan menjadikan pembinaan hospital di Semenyih sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia merupakan permasalahan paling banyak diutarakan oleh masyarakat setempat di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beranang
#Dr Dzulkefly Ahmad
#kemudahan perubatan
#Klinik kesihatan
#Menteri Kesihatan
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan