awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir - JPBN Sabah

Bernama
Bernama
26/04/2023
03:45 MYT
Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir - JPBN Sabah
Kejadian kilat dan petir berlaku di beberapa tempat ketika ini dan boleh menyambar manusia sekiranya mereka berada di kawasan terbuka. -Gambar hiasan/Freeimages
KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Datuk Seri Safar Untong.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, berkata kejadian kilat dan petir, yang antaranya menyebabkan kematian seorang remaja lelaki di Papar semalam, berlaku di beberapa tempat ketika ini dan boleh menyambar manusia sekiranya mereka berada di kawasan terbuka seterusnya mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.
"Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola dan kawasan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, remaja orang kurang upaya (OKU) Muhmmad Zulqilfle Redzwan, 13, maut, manakala rakannya Assiy Qusyairy, 13, cedera parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.
BACA: Remaja OKU maut disambar petir ketika main bola sepak
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima laporan itu pada 4 petang dan Muhmmad Zulqilfle disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan lapang
#kilat
#petir
#Safar Untong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan