awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000

Bernama
Bernama
12/04/2026
13:05 MYT
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
Menurut sumber, mereka dilepaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya. - Gambar hiasan
Empat anggota polis yang ditahan reman selama lima hari bermula 7 April bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggar bernilai RM12,000 telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Kesemua anggota berkenaan difahamkan bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini.
Menurut sumber, mereka dilepaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat dan SPRM sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
“Suspek yang disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu dan keempat-empat suspek diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kelantan setiap bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#anggota polis
#jaminan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan