awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2024
12:05 MYT
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Kesemua anggota polis berumur antara 25 hingga 50 tahun ditahan ketika serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS) kira-kira jam 2.15 pagi.
Tiga daripada suspek yang ditahan bertugas di Balai Polis Petaling manakala seorang lagi suspek bertugas di Unit Siasatan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kesemua anggota polis terlibat telah ditahan untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya pada Sabtu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anggota polis
#ketum
#Brickfields
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan