awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2021
01:30 MYT
Empat beradik ditahan rogol adik tiri 13 tahun
Empat lelaki bersaudara tergamak melampiaskan nafsu terhadap adik perempuan tiri mereka yang berusia 13 tahun sejak lebih tiga tahun lalu. -Gambar hiasan
KUBANG PASU: Empat lelaki bersaudara tergamak melampiaskan nafsu terhadap adik perempuan tiri mereka yang berusia 13 tahun sejak lebih tiga tahun lalu.
Tindakan suspek merogol mangsa bergilir-gilir di rumah mereka di daerah ini akhirnya mengundang padah apabila dicekup polis sejak Isnin.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia di antara 17 hingga 36 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di daerah ini iaitu dua daripadanya pada jam 5 petang Isnin manakala dua lagi pada Selasa sekitar jam 1 dan 2 petang.
Difahamkan, empat beradik itu daripada bapa yang sama namun berlainan ibu dengan remaja perempuan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Menurut Kamarul Zaman, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis tiga hari lalu.
Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.
Topic Berkaitan
#rogol adik
#Kamarul Zaman Mamat
#Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak
#empat abang tiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan