awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa

Bernama
Bernama
11/01/2026
12:30 MYT
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Empat individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah Toyota Vios di laluan selepas Banjaran Titiwangsa menghala ke Jeli, tengah hari tadi.
KOTA BHARU: Empat individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan sebuah Toyota Vios di laluan selepas Banjaran Titiwangsa menghala ke Jeli, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Azhar Elmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.01 tengah hari tadi sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 48 kilometer (km).
"Setibanya di lokasi pada 12.52 tengah hari, komander operasi melakukan penilaian awal dan mengesahkan kemalangan melibatkan dua kenderaan dengan empat mangsa terlibat.
"Seorang mangsa didapati tersepit di bahagian hadapan sebelah pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa yang terlibat adalah dua orang dalam Toyota Vios iaitu lelaki dan wanita berusia 43 dan 42 tahun manakala dua orang dalam Toyota Hilux iaitu lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi belum diperolehi maklumat.
Azhar Elmi berkata kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan BBP Jeli dan BBP Gerik.
"Operasi ditamatkan pada 1.48 tengah hari dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota melibatkan BBP Jeli, BBP Gerik serta enam anggota Angkatan Tentera Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan dua kenderaan
#Banjaran Titiwangsa
#empat cedera
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami