awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2 setakat 6 pagi

Bernama
Bernama
29/03/2026
02:50 MYT
Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2 setakat 6 pagi
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memaklumkan pengoperasian sekolah di Kota Setar dan Pendang dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula hari ini. - Gambar hiasan
Empat daerah di Kedah, iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.
Berdasarkan data dikemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan lain di Kedah pula merekodkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.
Status cuaca panas Tahap 1 turut direkodkan di seluruh Perlis, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang serta Kinta, Kuala Kangsar dan Hulu Perak di Perak.
Cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celcius manakala Tahap 1 antara 35 hingga 37 darjah Celcius.
Kedua-dua tahap direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memaklumkan pengoperasian sekolah di Kota Setar dan Pendang dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula hari ini.
Keputusan itu berdasarkan laporan MetMalaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut dari 26 hingga 28 Mac di daerah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#MetMalaysia
#gelombang haba
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan