awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu disyaki bunuh pekerja syarikat insurans didakwa esok

Bernama
Bernama
16/12/2021
13:48 MYT
Empat individu disyaki bunuh pekerja syarikat insurans didakwa esok
Kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki membunuh seorang lelaki susulan penemuan satu rangka manusia dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor, pada 2 Dis lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Menurut Nanda, kejadian dipercayai bermotifkan peras ugut itu bermula pada 12 Nov lepas, apabila seorang pekerja insurans berusia 44 tahun di sini membuat laporan polis selepas gagal menghubungi suaminya yang turut bekerja di syarikat sama, sejak keluar berseorangan dengan menaiki kereta jenis Honda CRV pada hari sama.
"Lima hari kemudian (16 Nov), kereta mangsa ditemukan di tepi Jalan Permata Kiri Kampung Olak Lempit, Banting Selangor dalam keadaan berkunci, namun mangsa tiada di lokasi.
"Bagaimanapun, pada 2 Dis lepas, polis menemui satu rangka manusia dalam semak berhampiran kawasan Gadong, Tanjong Sepat, Kuala Langat, Selangor yang dipercayai milik mangsa dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata siasatan lanjut membawa kepada penangkapan empat suspek berkenaan dan jika sabit kesalahan kesemua mereka boleh dihukum gantung sampai mati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh pekerja syarikat insurans
#kes bunuh
#Gadong
#Tanjong Sepat
#didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan