awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
PGA rampas dadah bernilai lebih RM700,000 di Pasir Mas
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pelupusan sampah Bantargebang, Jakarta

Bernama
Bernama
09/03/2026
02:32 MYT
Empat maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pelupusan sampah Bantargebang, Jakarta
Data awal menunjukkan, 10 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tapak Pemprosesan Sampah Bersepadu Bantargebang di Bekasi, Jawa Barat, pada Ahad, terdiri daripada lima penduduk setempat dan lima pemandu lori sampah. - Foto X Weather Monitor
Empat individu maut manakala dua lagi terselamat selepas kejadian tanah runtuh melanda Tapak Pemprosesan Sampah Bersepadu (TPST) Bantargebang di Bekasi, Jawa Barat, pada Ahad.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jakarta, Isnawa Adji berkata insiden itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan ketika deretan lori sampah sedang menunggu giliran untuk memunggah sisa pepejal di tapak pelupusan itu.
"Sewaktu lori-lori berkenaan sedang beratur, kejadian tanah runtuh berlaku secara tiba-tiba dan menghempap lima buah lori sampah serta sebuah gerai berhampiran lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad malam bagi mengemas kini perkembangan insiden itu, menurut agensi berita ANTARA.
Menurut Isnawa, data awal menunjukkan seramai 10 orang tertimbus dalam insiden itu, merangkumi lima penduduk setempat dan lima pemandu lori sampah.
"Setakat ini, empat mangsa ditemukan meninggal dunia manakala dua lagi berjaya diselamatkan," katanya.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dengan pasukan SAR gabungan mengerahkan kira-kira 20 jentera ekskavator bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang.

Menurut pejabat Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Jakarta, pihak berkuasa masih dalam proses mengumpul data memandangkan beberapa lori sampah dan gerai di kawasan itu masih tertimbus di bawah timbunan sisa.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Indonesia
#tanah runtuh
#tapak pelupusan sampah
#mangsa
#sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan