awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pegawai polis, ditahan SPRM di Lahad Datu

Bernama
Bernama
23/08/2017
09:09 MYT
Empat pegawai polis, ditahan SPRM di Lahad Datu
Tiga lagi pegawai polis ditahan semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM18,000 daripada jumlah RM20,000, daripada pengadu berkenaan. - Gambar fail
Empat pegawai polis di Lahad Datu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin bagi membantu siasatan kes bersetuju menerima atau memperoleh wang rasuah sebanyak RM20,000.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Sabli berkata seorang daripada yang ditahan ialah pegawai polis berpangkat Inspektor, 34 tahun, ekoran aduan yang diterima daripada seorang peminjam wang tidak berlesen (Ah Long).
Menurut Sazali, wang berkenaan disyaki bertujuan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan undang-undang dan sebagai bayaran perlindungan bulanan ke atas pengadu.
Inspektor polis itu direman selama tujuh hari bermula semalam (22 Ogos) untuk membantu siasatan.
Sazali berkata tiga lagi pegawai polis ditahan semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM18,000 daripada jumlah RM20,000, daripada pengadu berkenaan.
Seorang merupakan pegawai berpangkat Sarjan berusia 29 tahun manakala dua lagi masing-masing Koperal dan Lans Koperal 29 dan 34 tahun.
SPRM akan memohon perintah tahanan reman di mahkamah di Lahad Datu ke atas ketiga-tiga pegawai polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayaran perlindungan
#Lahad Datu
#polis
#Rasuah
#Sabah
#Sazali Sabli
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan