awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbakar

Bernama
Bernama
04/05/2023
16:10 MYT
Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbakar
Shahrul Munawer Taharem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang Khamis memaklumkan kejadian itu. - Gambar Bernama TV
BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka nyaris maut selepas kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di susur masuk di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, di sini pada Khamis.
Pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an yang kedua-duanya dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) bisu itu bersama anak lelaki, 2, dan perempuan berumur tiga tahun dalam perjalanan dari Alma, dekat sini ke Relau.
Mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kereta yang dinaiki terbakar dengan berhenti di tepi jalan dan keluar dari kenderaan terbabit.
Pegawai Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Shahrul Munawer Taharem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang Khamis memaklumkan kejadian itu.
"Apabila pihak bomba tiba di lokasi mendapati kereta itu sedang terbakar dan api marak manakala pemandu dan tiga penumpang telah berjaya menyelamatkan diri sebelum kami tiba di situ.
"Kami menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman, api berjaya dipadam sepenuhnya pada 2.44 petang dan kereta itu terbakar lebih 95 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#empat sekeluarga
#JBPM
#dalam siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan