awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat warga Bangladesh, seorang wanita tempatan didakwa culik, minta tebusan

Bernama
Bernama
17/09/2021
10:29 MYT
Empat warga Bangladesh, seorang wanita tempatan didakwa culik, minta tebusan
Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki warga Bangladesh diculik hampir seminggu oleh rakan senegaranya dan ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah di Bandar Teknologi di sini.- Gambar hiasan
KAJANG: Empat warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dan meminta wang tebusan sebanyak 1 Juta Taka Bangladesh (kira-kira RM50,000), Ogos lepas.
Mereka ialah pasangan suami isteri, Josim, 32, dan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27, (wanita tempatan); Md Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33, serta Nusrat Jahan Bipasha, 26 (wanita).
Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa dengan niat bersama bagi mendapatkan wang tebusan sejuta Taka Bangladesh, telah menahan Md Sohel Rana, 39, dengan cara melarikannya secara salah di hadapan sebuah pasar raya, di Jalan Damai Mewah 1A di sini pada 8.30 malam, 27 Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 7 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala Md Raihan dan Josim diwakili peguam Tan Cheng Yee dan tiga yang lain tidak diwakili peguam.
Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki warga Bangladesh diculik hampir seminggu oleh rakan senegaranya dan ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah di Bandar Teknologi di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik warga Bangladesh
#minta wang tebusan
#Mahkamah Majistret Kajang
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan