awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut dalam kebakaran rumah kedai di Ipoh

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
11/12/2018
08:52 MYT
Enam maut dalam kebakaran rumah kedai di Ipoh
Pihak bomba ketika ini sedang giat melakukan kerja pemadaman api. - Foto Astro AWANI
Enam maut dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, di sini, hari ini.
Wakil Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 1.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah rumah kedai sedang terbakar 40 peratus.
“Terdapat enam orang mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Cheah Pou Hian berkata semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan.
Menurut abang kepada salah seorang mangsa, P. Appu, 48 tahun, dia terdengar satu bunyi letupan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Bunyi letupan seperi bunga api, bila sampai mangsa-mangsa sedang menjerit meminta tolong tapi saya tak boleh buat apa sebab api sedang marak, ada juga menjerit "Mak, tolong!".
“Saya kenal mereka semua, semuanya berusia sekitar 20-an,” ujarnya yang merupakan pengawal kawasan berkenaan.
Adiknya juga merupakan pemilik kedai berkenaan.
Pihak bomba ketika ini sedang giat melakukan kerja pemadaman api dan dilaporkan keenam-enam mayat mangsa masih berada di dalam premis tersebut.
Dipercayai kedai berkenaan merupakan stor digunakan untuk menyimpan peralatan majlis.
Topic Berkaitan
#ADUN Jelapang
#Cheah Pou Hian
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Jalan Puncak Jelapang
#kebakaran
#P Appu
#rumah kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan