awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pelajar tahfiz diliwat penderma

Bernama
Bernama
14/03/2018
05:17 MYT
Enam pelajar tahfiz diliwat penderma
Seorang sukarelawan sebuah pusat tahfiz ditahan selepas didakwa meliwat enam pelajar pusat berkenaan. - Gambar Hiasan
Polis menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, sejak awal Disember tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek merupakan sukarelawan di situ dan aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.
Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lepas menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.
"Laporan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lepas di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini.
"Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kama Azural menambah suspek ditangkap pada hari sama laporan dibuat dan telah direman bermula semalam sehingga 19 Mac.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#liwat
#pelajar tahfiz
#Supt Kama Azural Mohamed
#Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan