awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam sekeluarga maut di LPT2 selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2015
01:51 MYT
Enam sekeluarga maut di LPT2 selamat dikebumikan
Azaman Ramli dan dua orang anaknya Aliff Hateem, 16 tahun dan Aliff Hakim,12 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Raja, Chendering. - Gambar Fail
Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada selasa dikebumikan di Kuala Terengganu dan Besut tengah hari Rabu.
Azaman Ramli dan dua orang anaknya Aliff Hateem, 16 tahun dan Aliff Hakim,12 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Raja, Chendering.
Manakala jenazah Aliff Hateem dan Aliff Hakim dikebumikan dalam satu liang lahad.
Jenazah Azaman Ramli pula dibawa pulang dan disembahyangkan di rumah bekas ibu mertuanya, Salamah Abd Rahman, 77 tahun di Kampung Raja Baram, Chendering, Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi.
Ketiga tiga jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 3.30 pagi.
Manakala isteri Azaman, Nor Noor Akmal Mohd Zain, bersama dua lagi anaknya, Noor Amira Syahirah Alias, 22 tahun dan Aqeel Muslim Abdullah, 2 tahun disemadikan di kampung halamannya di besut
Azaman yang bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat kenderaan di kuala terengganu meninggalkan seorang anak perempuan berusia 19 tahun yang masih menuntut di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.
Dalam insiden tersebut, kereta yang dinaiki keluarga Azaman terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, LPT2 berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing.
Topic Berkaitan
#Aliff Hakim
#Aliff Hateem
#Aqeel Muslim Abdullah
#Azaman Ramli
#Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
#Nor Noor Akmal Mohd ZainNoor Amira Syahirah Alias
#Salamah Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan