awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin lokomotif KTMB terbakar dekat Kluang

Bernama
Bernama
17/12/2017
05:59 MYT
Enjin lokomotif KTMB terbakar dekat Kluang
Bomba menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif 'Megat Terawih 24125' Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam. - Foto JBPM Johor
Enjin lokomotif kereta api, yang membawa penumpang dari Johor Bahru ke Gemas, terbakar di KM1 Jalan Renggam-Kluang, dekat Kluang, malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif 'Megat Terawih 24125' Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam.
Bomba menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif  'Megat Terawih 24125'  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam. - Foto JBPM Johor
Bomba menerima laporan mengenai kebakaran lokomotif 'Megat Terawih 24125' Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada 8.21 malam. - Foto JBPM Johor
"Tiga jentera bersama seorang pegawai dan 11 anggota digegaskan memadam kebakaran. Api dapat dikawal pada 8.54 malam tadi sebelum operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada 9.37 malam," katanya semasa dihubungi hari ini.
Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan 50 peratus daripada bahagian enjin lokomotif kereta api itu dan punca kebakaran sedang disiasat.
Menurutnya kebakaran itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang dan kakitangan KTMB kerana hanya membabitkan bahagian enjin dan tidak merebak ke bahagian gerabak lain.
"Tindakan pantas diambil dengan memutuskan lokomotif yang sedang terbakar itu dengan gerabak lain di Stesen KTMB Kluang.
Kebakaran itu memusnahkan 50 peratus daripada bahagian enjin lokomotif kereta api itu dan punca kebakaran sedang disiasat. - Foto JBPM Johor
Kebakaran itu memusnahkan 50 peratus daripada bahagian enjin lokomotif kereta api itu dan punca kebakaran sedang disiasat. - Foto JBPM Johor
"Jarak antara enjin kereta api terbakar dengan gerabak lain yang diduduki penumpang adalah kira-kira 300 meter," katanya.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham ketika dihubungi hari ini turut mengesahkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#bomba
#enjin terbakar
#Johor Bahru
#kebakaran
#Kluang
#KTMB
#lokomotif
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan