awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Eropah menuju krisis tenaga paling serius dalam sejarah' - PM Hungary

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:01 MYT
'Eropah menuju krisis tenaga paling serius dalam sejarah' - PM Hungary
Naib Presiden AS, JD Vance (kiri)dan Viktor Orban mengadakan pertemuan di Budapest pada Selasa. - Gambar Reuters

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban memberi amaran pada Selasa yang Eropah sedang menuju ke arah “krisis tenaga paling serius dalam sejarah” semasa sidang media bersama Naib Presiden AS, JD Vance, di Budapest, lapor Anadolu Ajansi.

“Eropah sedang menuju krisis tenaga paling serius dalam sejarah; kita menyaksikan kenaikan harga yang drastik dan jika kita tidak bertindak tepat pada masanya, mungkin akan berlaku kekurangan tenaga, minyak dan gas,” kata Orban kepada wartawan susulan kenaikan harga tenaga akibat ketegangan di Asia Barat.
Beliau menegaskan yang rundingan sedang dijalankan mengenai krisis tenaga blok itu dan menekankan kepentingan kerjasama tenaga antara Amerika dan Hungary.
Orban berkata, tanpa kerjasama itu, mereka tidak dapat menjamin keselamatan tenaga Hungary dan pengurangan bil utiliti juga tidak akan mungkin.
Beliau turut memuji usaha keamanan yang dicetuskan Presiden AS, Donald Trump, berkaitan perang Moscow-Kyiv dan berkata, jika Brussels tidak menghalang usahanya, “perdamaian di Ukraine mungkin sudah tercapai lama dahulu.”
Orban berkata, amat penting bagi mereka yang AS di bawah Trump memulakan sidang kemuncak keamanan dan mencadangkan Budapest sebagai lokasi, yang menurut Orban, “secara praktikal merupakan satu-satunya lokasi yang mungkin di Eropah”.
-- BERNAMA-Anadolu
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#eropah
#Viktor Orban
#krisis tenaga
#harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan