awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penglibatan swasta, usahawan penting jayakan Ekonomi MADANI – PM Anwar
Hishammuddin, KJ, Syed Hamid bersama 6,252 ahli sah kembali kepada UMNO
Pearly terima penghargaan daripada Anwar dan isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eropah mungkin hadapi pembatalan penerbangan hujung Mei akibat kekurangan bahan api jet – IATA

Bernama
Bernama
17/04/2026
14:05 MYT
Eropah mungkin hadapi pembatalan penerbangan hujung Mei akibat kekurangan bahan api jet – IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada Jumaat memberi amaran yang Eropah mungkin menyaksikan pembatalan penerbangan menjelang akhir Mei susulan kekurangan bahan api jet, ketika gangguan bekalan berkait konflik Asia Barat terus menjejaskan 

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada Jumaat memberi amaran yang Eropah mungkin menyaksikan pembatalan penerbangan menjelang akhir Mei susulan kekurangan bahan api jet, ketika gangguan bekalan berkait konflik Asia Barat terus menjejaskan pasaran global.

‘’Penilaian Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengenai potensi kekurangan bahan api jet adalah membimbangkan’’, kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata dalam satu kenyataan kepada Anadolu Ajansi.
Beliau berkata kumpulan industri itu turut menganggarkan yang “menjelang akhir Mei, kita mungkin mula melihat pembatalan penerbangan di Eropah akibat kekurangan bahan api jet,” sambil menjelaskan gangguan sedemikian sudah berlaku di beberapa bahagian Asia.
Walsh berkata syarikat penerbangan sedang berusaha mendapatkan laluan bekalan alternatif, namun menegaskan kerajaan juga perlu menyediakan pelan kontingensi sekiranya catuan bahan api menjadi perlu.
“Selain melakukan segala yang mungkin untuk mendapatkan sumber bekalan alternatif, adalah penting pihak berkuasa mempunyai pelan yang jelas dan terselaras sekiranya catuan diperlukan, termasuk kelonggaran slot penerbangan,” katanya.
Amaran itu susulan penilaian IEA yang negara Eropah mungkin berdepan kekurangan bahan api jet dalam tempoh enam minggu akan datang apabila bekalan dari Asia Barat berkurangan akibat perang Iran.
IEA memaklumkan yang prospek itu bergantung kepada keupayaan negara Eropah menggantikan bekalan yang hilang dari Asia Barat dengan import dari pasaran antarabangsa lain, sambil menyatakan Asia Barat menyumbang 75 peratus daripada import bersih bahan api jet Eropah.
Harga tenaga melonjak dan kekurangan mula berlaku dalam beberapa jenis bahan api apabila perang Iran yang bermula pada 28 Februari mencetuskan penutupan Selat Hormuz serta serangan ke atas kemudahan tenaga.
Kenaikan kos bahan api dan tekanan bekalan telah menyebabkan gangguan serta pembatalan penerbangan, manakala kerajaan di Asia dan Eropah berusaha mengehadkan kesan berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#eropah
#IATA
#pembatalan penerbangan
#mei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan