awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCom tunggu aset tambahan untuk mantapkan rondaan keselamatan di sempadan negara

Bernama
Bernama
18/11/2020
08:52 MYT
ESSCom tunggu aset tambahan untuk mantapkan rondaan keselamatan di sempadan negara
Banyak laluan tikus digunakan tekong darat dan laut untuk melakukan jenayah rentas sempadan. - Gambar fail
KALABAKAN:Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kini dalam proses memperoleh aset logistik membabitkan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan motosikal scrambler bagi memantapkan rondaan serta kawalan pasukan keselamatan di sempadan negara di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Jamaluddin Mohd Ali berkata permohonan keperluan aset tambahan di darat itu telah dikemukakan melalui Kementerian Dalam Negeri sebelum ini dan diluluskan.
"Permohonan tersebut sudah diluluskan oleh pihak kerajaan secara sewaan dan ketika ini kita dalam proses menunggu ketibaan aset tambahan di darat itu sahaja.
"Kita memohon 18 unit kenderaan lasak ATV serta 10 motosikal scrambler untuk kegunaan pasukan keselamatan di sempadan daerah ini memandangkan keadaan geografi yang berbukit-bukau serta dilitupi hutan tebal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam ketika melakukan tinjauan ke sempadan negara antara Serudong di Kalabakan, Sabah dan Simanggaris di Kalimantan Utara, Indonesia yang merupakan lokasi cadangan bagi pembinaan pos kawalan keselamatan.
Jamaluddin juga berkata ESSCom mencadangkan agar pembinaan pos keselamatan itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Pembinaan pos berkenaan sebagai usaha membendung sebarang bentuk jenayah melibatkan kedua-dua negara terutama kemasukan pendatang haram dan penyeludupan," katanya.
Beliau berkata maklumat yang diperoleh pasukan keselamatan mendedahkan bahawa terdapat banyak laluan tikus di sekitar kawasan itu yang digunakan tekong darat dan laut untuk melakukan jenayah rentas sempadan.
Katanya kawasan itu berpotensi menjadi laluan untuk penjenayah keluar masuk secara haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
#ESSCom
#aset logistik
#ATV
#scrambler
#motosikal
#Jamaluddin Mohd Ali
#kawalan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan