awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah

Bernama
Bernama
29/11/2023
04:39 MYT
Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah
Fahmi Fadzil akan bertemu dengan pengurusan Jabatan Penerangan dalam waktu terdekat bagi membincangkan rayuan Harakah berhubung tindakan menarik balik kad perakuan media wartawannya. - Gambar BERNAMA
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan bertemu dengan pengurusan Jabatan Penerangan dalam waktu terdekat bagi membincangkan rayuan Harakah berhubung tindakan menarik balik kad perakuan media wartawannya.
Beliau berkata, sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu.
Pada masa yang sama, Fahmi berkata, beliau difahamkan Jabatan Penerangan sedang meneliti isu-isu berkenaan etika kewartawanan dengan garis panduan yang diwujudkan pada 1989.
"Jadi, mungkin Jabatan Penerangan ingin kemas kini dan menambah baik garis panduan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas CX Summit 2023, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata, Jabatan Penerangan ada sebab tersendiri untuk menarik balik kad perakuan media Harakah dan penjelasan lanjut perlu dirujuk dengan jabatan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#rayuan Harakah
#Kad Perakuan Media
#Jabatan Penerangan
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan