awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Watikah pencalonan tidak akan ditandatangani jika cabang PKR lemah - Anwar
Enam terbunuh, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
IRGC dakwa jatuhkan lagi sebuah pesawat AS C-130 di Isfahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi Zainol digugurkan sebagai Exco Pulau Pinang - Chow Kon Yeow

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/03/2026
06:48 MYT
Fahmi Zainol digugurkan sebagai Exco Pulau Pinang - Chow Kon Yeow
Sebelum ini Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggantung semua jawatan parti yang disandang Fahmi (gambar) berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol, ditamatkan perkhidmatannya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Komtar sebentar tadi.
Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan mencadangkan pengganti Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri petang ini.
"Perkhidmatan Yang Berhormat Fahmi Zainol sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah ditamatkan pada hari ini. Saya sudah bertemu dengan Yang Berhormat awal pagi ini dan Yang Berhormat menerima keputusan ini.
"Saya akan kemukakan cadangan penggantian kepada Tuan Yang Terutama Tun pada petang ini. Setelah berkenan (diperkenan) petang ini, pejabat saya akan keluarkan kenyataan untuk mengumumkan penggantian itu," katanya.
Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, keputusan dibuat selepas menerima surat daripada Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh pada 3 Mac lalu yang meminta jawatan Fahmi diganti, susulan penggantungan semua jawatannya dalam parti.
Sebelum ini Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggantung semua jawatan parti yang disandangnya berkuat kuasa serta-merta.
Fahmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dikenakan tindakan itu susulan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapinya.
Penggantungan jawatan parti itu akan terus berkuat kuasa sehingga kes mahkamah membabitkannya diputuskan.
Pada 27 Februari lalu, Fahmi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Exco Pulau Pinang
#Fahmi Zainol
#Fahmi Zainol ditamatkan perkhidmatan
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan