awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini

Bernama
Bernama
03/02/2024
20:00 MYT
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
Pengarahnya, Nor Azhar Abd Hamid berkata, pada tahun lepas prestasi jualan pasar tani mencatatkan nilai sebanyak RM6.45 juta dengan melibatkan tujuh lokasi pasar tani yang beroperasi di seluruh negeri.
"Kami percaya sasaran ini mampu dicapai berdasarkan sambutan masyarakat yang menjadikan pasar tani sebagai pilihan mereka untuk mendapatkan barangan keperluan selain dilihat masih relevan walaupun sudah 39 tahun penubuhannya.
"Kami juga menawarkan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus pembelian di pasar tani berbanding pasaran luar yang membolehkan pengguna mendapat bekalan makanan dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Terdahulu beliau menyempurnakan program jualan Agro MADANI sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pasar Tani ke-39 peringkat negeri di Pasar Tani Masjid Tanah dan penyampaian Sijil Anugerah Amat Setia kepada lima peserta pasar tani yang telah lebih 30 tahun mendapat bimbingan FAMA.
Mengulas lanjut, Nor Azhar berkata, kewujudan pasar tani di negeri ini pada 1986 bermula dengan hanya 38 orang usahawan namun sehingga kini seramai 264 peserta berjaya dilahirkan.
"Pasar tani masih menjadi pilihan pengguna cuma isu seperti jatuh bangun pasar tani bergantung pada sesuatu tempat selain cabaran pasar raya baharu di sesebuah kawasan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sempena program tersebut pelbagai pengisian diadakan termasuk jualan promosi telur ayam RM10, set kombo MADANI RM10, jualan promosi daging segar RM35 sekilogram (kg) dan ayam segar RM8.30 sekilogram selain 150 kampit beras putih tempatan 10kg pada harga RM26.
Katanya, pihaknya juga turut menyasarkan untuk mengadakan sebanyak 400 program Jualan Agro MADANI sepanjang tahun ini dengan sasaran RM4 juta nilai jualan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#Melaka
#pasar tani
#Taman Maju Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan