awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa peralihan monsun bermula Ahad - MetMalaysia

Bernama
Bernama
25/03/2026
08:01 MYT
Fasa peralihan monsun bermula Ahad - MetMalaysia
Permulaan fasa itu menandakan Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula 13 Nov tahun lepas berakhir. - Gambar hiasan
Fasa peralihan monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di kebanyakan kawasan dalam tempoh singkat.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan dijangka terlibat ialah barat dan pedalaman Semenanjung, selatan dan tengah Sarawak serta bahagian barat Sabah.
Beliau berkata permulaan fasa itu menandakan Monsun Timur Laut 2025/2026 yang bermula 13 Nov tahun lepas berakhir.
“Semasa fasa peralihan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir.
“Keadaan ini lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutamanya pada petang dan awal malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hisham berkata fenomena cuaca itu berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu selain mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan berlindung di dalam rumah atau bangunan, menjauhi kawasan lapang, tempat takungan air, struktur tinggi seperti pokok dan menara, rod pengalir elektrik termasuk tiang elektrik serta tangga besi.
Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan itu.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline jabatan menerusi 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#peralihan monsun
#musim hujan
#musim panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan