awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda tubuh jawatankuasa bertindak bagi majukan aset di Sarawak

Bernama
Bernama
03/02/2023
07:56 MYT
Felda tubuh jawatankuasa bertindak bagi majukan aset di Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) bersalaman dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Idris Jusoh ketika menerima kunjungan hormat delegasi FELDA di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Satu jawatankuasa bertindak melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kerajaan Sarawak akan ditubuhkan bagi merencanakan kaedah terbaik dalam memajukan aset Felda di negeri itu, kata Pengerusi Tan Sri Idris Jusoh.
Bercakap kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini, beliau berkata ini juga sejajar dengan proses rasionalisasi Felda bagi meningkatkan nilai serta prestasi syarikat di seluruh negara.
"Hasil daripada jawatankuasa itu akan dapat dilihat dalam masa terdekat. (Setakat ini) belum ada satu nama khusus untuk jawatankuasa itu.
"Namun bagi Felda, ia akan diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Besar Felda dan diselaras dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew," katanya.
Mengulas selanjutnya, Idris berkata bahawa penubuhan jawatankuasa itu telah dicadangkan sendiri oleh Abang Johari dalam kunjungan yang berlangsung selama sejam.
Anggaran kos bagi memajukan semula hotel itu akan diperincikan oleh jawatankuasa berkenaan selepas mendapat persetujuan kerajaan Sarawak, katanya.
"MPHS pernah menjadi tumpuan dan amat berpotensi tinggi (untuk dibangunkan). Malah, ia merupakan satu ikonik untuk Sarawak dan kita ingin memperbaharui (mengubahsuai) bangunan itu dengan kerjasama (kerajaan) Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatankuasa bertindak
#Felda
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan