awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup

Bernama
Bernama
19/01/2025
14:51 MYT
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini. - Gambar fail/APM
KUALA TERENGGANU: Episod ombak besar yang melanda Terengganu sejak 11 Jan lepas berakhir dengan kesemua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) telah pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Menurut JPBNT, sebanyak 299 mangsa daripada 78 keluarga di daerah Kemaman dan Dungun terpaksa berlindung di tiga PPS, iaitu Dewan Serbaguna Kuala Kemaman, Balai Raya Kampung Geliga Pantai dan Balai Raya JPKK Bandar Paka susulan kejadian air pasang dan ombak besar yang melebihi ketinggian tiga meter.
Fenomena itu juga menyebabkan kediaman lima keluarga di daerah Kemaman dan 14 keluarga di daerah Dungun rosak teruk dan runtuh.
Di daerah Kuala Nerus pula, beberapa peniaga kerugian puluhan ribu ringgit apabila premis kedai rosak teruk dan runtuh ditelan ombak besar.
Masalah hakisan yang semakin kritikal terutama di kawasan Kampung Tanjung dan Mengabang Telipot juga menyebabkan jalan pantai terpaksa ditutup manakala peniaga pula terpaksa menghentikan perniagaan mereka atas faktor keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#PPS
#ombak besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan