awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV: Isa Samad, isteri akan dipanggil SPRM - Azam Baki

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/06/2017
10:07 MYT
FGV: Isa Samad, isteri akan dipanggil SPRM - Azam Baki
Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil Mohd Isa (gambar) tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu. -Gambar fail
Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad dan isteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Mohd Isa tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu.
"Kita akan panggil untuk dia (Mohd Isa dan isteri) beri penjelasan berhubung siasatan yang sedang dijalankan dalam masa terdekat," katanya.
Bagaimanapun, Astro AWANI difahamkan Mohd Isa dan isterinya akan dipanggil ke pejabat SPRM Putrajaya jam 10 pagi esok.
Ia susulan 50 individu lain yang disenaraikan sebagai saksi yang telah dipanggil SPRM untuk tindakan selanjutnya.
SPRM sebelum ini menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap FGV meskipun berlaku perubahan dalam pengurusan tertinggi syarikat itu.
Semalam, Lembaga Felda Global Ventures Holdings Berhad mengesahkan peletakan jawatan Mohd Isa daripada jawatan Pengerusi FGVH, dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Felda
#Felda Global Ventures Holdings Berhad
#Mohd Isa Samad
#SPRM
#SPRM Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan